1.4 PENGUMPULAN MAKLUMAT

E-dagang yang dibangunkan adalah ‘Pizza Stop And Bakery Cafe’. E-dagang ini dibangunkan bagi tujuan mempromosikan kedai dan produknya dengan lebih giat lagi. Oleh itu, beberapa keperluan maklumat diperlukan bagi membangunkan e-dagang ini. Bagi mendapatkan maklumat mengenai kedai tersebut, beberapa langkah-langkah atau teknik-teknik pengumpulan maklumat digunakan. Antaranya ialah :

1.4.1 Temubual
Teknik temubual ini berlaku antara salah seorang pekerja kedai Pizza Stop and Bakery. Pizza Stop and Bakery Cafe adalah hak milik Chef Din Pizza Enterprise yang dimiliki oleh Chef Din yang mana pernah berkecimpung dengan chef pastri suatu masa dahulu. Chef Din Pizza Enterprise ini telah memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan di pasar malam. Di antara pasar malam yang dimasuki adalah pasar malam di Batang Kali, Kuala Kubu dan Behrang yang mana masing-masing mempunyai hari-hari tertentu untuk berniaga.
Sehingga kini, pasar malam masih menjadi tapak perniagaan Chef Din Pizza Enterprise ini. Setelah perniagaan bertambah maju, pada awal tahun 2010, Chef Din Pizza Enterprise telah menyewa sebuah kedai di Taman Bahtera, Ulu Bernam dan dijadikan sebuah cafe yang merupakan cafe pertama di Tanjung Malim. Cafe ini diberi nama 'Pizza Stop and Bakery Cafe'. Cafe ini mempunyai 4 orang pekerja.
Antara menu utama yang terdapat di cafe ini adalah pizza, kek, roti bun pizza dan terdapat juga menu-menu sampingan lain. Menu-menu adalah disediakan sendiri oleh Chef Din Pizza Enterprise yang mempunyai tempat memproses sendiri di Batang Kali, Selangor. Selain itu, Pizza Stop and Bakery Cafe juga menerima tempahan pizza, kek dan lain-lain.

1.4.2 Kajian Maklumat

Teknik kajian juga dijalankan dalam usaha bagi mengumpulkan maklumat di mana kajian di lakukan secara menyeluruh di kedai tersebut. Kajian menyeluruh dijalankan setelah mendapat kebenaran oleh pekerja di kedai tersebut. Di sini terdapat beberapa gambar yang diambil semasa kajian dibuat di kedai tersebut.

juju.png